LENCANA SK KELUANG
Sejarah Sekolah
- Sk Keluang
- Besut, Terengganu
- Telah dibina pada tahun 1951. Sekolah ini mendapat nama sempena nama kampung di mana ia di dirikan iaitu kampung Keluang. Terletak kira-kira 3.7 km dari pekan Kg. Raja ,Besut, Terengganu. Pada awal penubuhannya, sekolah ini terdiri dari sebuah bangunan kayu beratap nipah, dengan bilangan muridnya seramai 50 orang. Beberapa tahun kemudian, sebuah lagi bangunan didirikan untuk menampung pertambahan bilangan murid-murid.Pengasas sekolah ini adalah Allahyarham Encik Said bin Ahmad. Beliau juga merupakan Guru Besar yang pertama bertugas di sekolah ini. Sehingga tahun 2011, seramai 37 orang guru dan 3 kakitangan sokongan disekolah ini.
Jadual Gaji 2013
Penggal Persekolahan 2013
WARGA SK KELUANG
DEmi Masa
Pages
Pelawat
Blog Archive
Labels
- hari raya 2011 (1)
UPSR 2013
Myspace Countdowns, Graduation Countdowns at WishAFriend.com
Pengumuman
Sunday, April 4, 2010
TANDA AWAL GELOMBANG KEDUA
BERITA HARIAN HARI INI (4 APRIL 2010)
Melaporkan tentang tanda awal gelombang kedua H1N1.
Tanda awal wujudnya gelombang kedua Influenza A (H1N1) di negara ini sudah bermula, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Katanya, tanda awal itu dapat dilihat dengan jelas apabila bilangan kes yang dilaporkan sepanjang minggu semakin meningkat serta membabitkan kejadian kluster termasuk membabitkan pelajar dan institusi.
Sehubungan itu, beliau memberi amaran kepada orang ramai supaya berwaspada dan mempertingkatkan langkah pencegahan.
Belum masuk gelombang kedua tapi sudah ada tanda peningkatan H1N1, menunjukkan wujudnya permulaan gelombang kedua H1N1. Ini berdasarkan bilangan kes yang meningkat dan membabitkan kumpulan ramai.
Walaupun belum sampai ke tahap membimbangkan, amaran sudah dikeluarkan dan saya nasihatkan orang ramai mengutamakan penjagaan kebersihan diri, mendapat rawatan segera sekiranya ada simptom batuk, demam dan selesema serta mendapat suntikan antiviral di klinik dengan segera, katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas peningkatan kes H1N1 sepanjang minggu ini sehingga kelmarin, yang membabitkan 380 kes yang mempunyai simptom jangkitan penyakit seperti influenza (ILI).
Daripada jumlah itu, sebanyak 210 kes masih dirawat di hospital dan seramai 32 orang disahkan positif H1N1. Sebanyak 10 kejadian kluster dikesan dalam tempoh itu sehingga kelmarin membabitkan 194 pelajar dan institusi dari Kelantan, Perak, Kedah, Selangor dan Melaka.
Kejadian itu membabitkan 48 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Selat Bagan Nyior, Pulau Dayang Bunting, Langkawi, Kedah; 43 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Teknik Langkawi, Kedah; 31 kakitangan Purnama Beach Resort, Pulau Pangkor; 30 pelajar SMK Pulau Tuba, Langkawi; 12 pelajar Institut Belia Negara, Tangok, Bachok, Kelantan; 15 murid Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil Kuala Kubu Bharu, Selangor; enam penghuni asrama SMK Cherang Ruku, Pasir Puteh, Kelantan; empat penghuni Madrasah Bustanul Ulum Abu Bakar, Jasin, Melaka; tiga murid SK Sri Nobel, Petaling Jaya, Selangor dan dua penghuni rumah teres Kilometer 141/2, Jalan Jasin-Merlimau, Melaka.
Liow berkata, memandangkan kejadian kluster banyak membabitkan pelajar sekolah dan institusi, pelajar dan ibu bapa diminta mengambil langkah pencegahan termasuk mendapat rawatan segera, tinggal di rumah serta tidak ke sekolah sehingga sembuh.
Beliau berkata, masyarakat juga diingatkan bahawa H1N1 masih aktif, walaupun situasinya masih dalam keadaan terkawal, mereka harus mengambil langkah berwaspada untuk mengelakkan diri dari dijangkiti.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
EN SUHAIMI BIN HUSIN
PN SABARIAH ISMAIL
WAN SUKIAH BT WAN AHMAD
WAN AHMAD BIN WAN HUSIN
UPSR 2013
PEPERIKSAAN UPSR TAHUN 2013 PADA :
TARIKH : 10 - 12 SEPTEMBER 2013
HARI : SELASA - KHAMIS
TARIKH : 10 - 12 SEPTEMBER 2013
HARI : SELASA - KHAMIS
GURU BERTUGAS MINGGU INI
06 JAN - 10 JAN 2013
KUMPULAN 1
1. Ruzimi bin Ibrahim
2. Huslina binti Che Md Hussin
3. Saniah binti Salleh
4. Hajah Parizan binti Abdul Manan
KUMPULAN 1
1. Ruzimi bin Ibrahim
2. Huslina binti Che Md Hussin
3. Saniah binti Salleh
4. Hajah Parizan binti Abdul Manan
Kalendar Islam
Nama Allah
BLOG SEKOLAH
-
-
PSIKOMETRIK 20204 years ago
-
-
Solat Hajat9 years ago
-
Majlis Jamuan Berbuka Puasa 20159 years ago
-
-
-
-
MAAF12 years ago
-
-
-
My Blog List
Trafik
Followers
Category
- hari raya 2011 (1)
0 ulasan:
Post a Comment