Get Your Own LED Scroller now!

UPSR 2013

Pengumuman




SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

KEPADA SEMUA GURU DAN MURID-MURID BAGI SESI PERSEKOLAHAN 2013

DARIPADA WARGA SK KELUANG

Tuesday, March 15, 2011

500 murid SK Keluang sertai peraduan mewarna

Para peserta bersama guru-guru dan ibu bapa yang memeriahkan acara peraduan mewarna anjuranUtusan Malaysia di Institut Perguruan Sultan Mizan, Besut, baru-baru ini.


BESUT 8 Mac - Seramai 500 murid Sekolah Kebangsaan Keluang menyertai peraduan mewarna anjuran Utusan Malaysiayang berlangsung di Institut Perguruan Sultan Mizan, dekat sini baru-baru ini.
Eksekutif Pemasaran Zon Timur, Utusan Melayu (Malaysia) Bhd., Nazri Saad berkata, peraduan diajurkan bersama Yayasan Islam Terengganu dan IQ Optometrist.
Menurutnya, sebanyak dua kategori dipertandingkan iaitu tahap satu yang disertai oleh murid tahun satu hingga tiga dan tahap dua pula melibatkan murid tahun empat hingga enam.
"Pemenang tempat pertama bagi setiap kategori menerima sebuah basikal, beg dan sijil manakala tempat kedua dan ketiga menerima hamper, beg dan sijil," katanya.
Bagi kategori tahap satu, tempat pertama dimenangi oleh Muhammad Hasiff Sakueri, Muhammad Kasful Baqy Taha (kedua), Harith Rosly (ketiga) dan Halimi Azman (keempat).
Muhammad Luqman Hakim Mahari menjurai tahap dua, diikuti
Nurul Izzati Mat Hassan (kedua), Siti Sarah Aqilah Mohamad (ketiga) dan Siti Mariam Saniah Mohd. (keempat).
Kata Nazri, memandangkan sambutan terhadap program ini begitu menggalakkan, ia akan diteruskan ke sekolah lain pada masa akan datang.
"Ini merupakan sebahagian daripada usaha pihak kami untuk dekatkan diri dengan pelbagai peringkat masyarakat di samping membantu menggalakkan kegiatan kreatif," ujarnya.

Sumber : Utusan Malaysia Online

0 ulasan:

Post a Comment