Get Your Own LED Scroller now!

UPSR 2013

Pengumuman




SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

KEPADA SEMUA GURU DAN MURID-MURID BAGI SESI PERSEKOLAHAN 2013

DARIPADA WARGA SK KELUANG

Sunday, September 11, 2011

PEPERIKSAAN UPSR 2011


13 SEPTEMBER 2011 HINGGA 15 SEPTEMBER 2011

Semua warga SK Keluang ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan UPSR 2011 yang akan menjelang tiba kepada semua murid tahun 6 .....

Segala tunjuk ajar telah dicurahkan kepada semua murid-murid...

Doa guru-guru sentiasa mengiringi kejayaan anak-anak didiknya.... semoga UPSR 2011 akan membuahkan hasil yang cemerlang...insyaallah



Sunday, September 4, 2011

Sesi Bergambar











Tuesday, March 15, 2011

500 murid SK Keluang sertai peraduan mewarna

Para peserta bersama guru-guru dan ibu bapa yang memeriahkan acara peraduan mewarna anjuranUtusan Malaysia di Institut Perguruan Sultan Mizan, Besut, baru-baru ini.


BESUT 8 Mac - Seramai 500 murid Sekolah Kebangsaan Keluang menyertai peraduan mewarna anjuran Utusan Malaysiayang berlangsung di Institut Perguruan Sultan Mizan, dekat sini baru-baru ini.
Eksekutif Pemasaran Zon Timur, Utusan Melayu (Malaysia) Bhd., Nazri Saad berkata, peraduan diajurkan bersama Yayasan Islam Terengganu dan IQ Optometrist.
Menurutnya, sebanyak dua kategori dipertandingkan iaitu tahap satu yang disertai oleh murid tahun satu hingga tiga dan tahap dua pula melibatkan murid tahun empat hingga enam.
"Pemenang tempat pertama bagi setiap kategori menerima sebuah basikal, beg dan sijil manakala tempat kedua dan ketiga menerima hamper, beg dan sijil," katanya.
Bagi kategori tahap satu, tempat pertama dimenangi oleh Muhammad Hasiff Sakueri, Muhammad Kasful Baqy Taha (kedua), Harith Rosly (ketiga) dan Halimi Azman (keempat).
Muhammad Luqman Hakim Mahari menjurai tahap dua, diikuti
Nurul Izzati Mat Hassan (kedua), Siti Sarah Aqilah Mohamad (ketiga) dan Siti Mariam Saniah Mohd. (keempat).
Kata Nazri, memandangkan sambutan terhadap program ini begitu menggalakkan, ia akan diteruskan ke sekolah lain pada masa akan datang.
"Ini merupakan sebahagian daripada usaha pihak kami untuk dekatkan diri dengan pelbagai peringkat masyarakat di samping membantu menggalakkan kegiatan kreatif," ujarnya.

Sumber : Utusan Malaysia Online

Tuesday, March 1, 2011

KEJOHANAN SQUASH MSSM

Kejohanan Squash MSSM Peringkat Daerah Besut telah berjaya melayakkan 5 orang pemain daripada Sekolah Kebangsaan Keluang ke Kejohanan MSSM Peringkat Negeri Terengganu yang telah berlangsung di Mesra Mall. Ini menunjukkan pemain dari SK Keluang mempunyai semangat yang kental yang tidak gentar menghadapi pihak lawan yang mempunyai tubuh fizikal yang lebih besar dari mereka. Mereka telah menjalani latihan yang berterusan semenjak mereka dari darjah 4 dengan tunjuk ajar dan bimbingan daripada Cikgu Norlaili Halib. Tahniah dan Syabas diucapkan kerana sekali lagi telah membawa nama SK Keluang ke pentas arena sukan ke peringkat yang membanggakan.





Fatin Dalila
Srikandi SK Keluang yang berjaya meraih tempat ketiga
MSSM Peringkat Negeri Terengganu


Thursday, February 24, 2011

Sambutan Maulidur Rasul 2011






24 Februari 2011 - Warga Sekolah Kebangsaan Keluang telah berjaya menganjurkan Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah. Terdapat beberapa acara telah dipertandingkan sebagai pengisian bagi memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Acara yang telah dipertandingkan ialah acara perarakan terbaik, kuiz, selawat, dan nasyid. Setiap acara yang telah dipertandingkan adalah mengikut rumah sukan. Secara keseluruhan, Sambutan Maulidur Rasul 2011 telah dimenangi oleh pasukan Rumah Hijau. Tahniah diucapkan kepada Rumah Hijau. Bagi pasukan yang lain diharap jangan bersedih dan cuba lagi di tahun hadapan.