Tarikh : 9 Februari 2012
Hari : Khamis
Masa : 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Penglibatan : Semua murid SK Keluang
LENCANA SK KELUANG
Sejarah Sekolah
- Sk Keluang
- Besut, Terengganu
- Telah dibina pada tahun 1951. Sekolah ini mendapat nama sempena nama kampung di mana ia di dirikan iaitu kampung Keluang. Terletak kira-kira 3.7 km dari pekan Kg. Raja ,Besut, Terengganu. Pada awal penubuhannya, sekolah ini terdiri dari sebuah bangunan kayu beratap nipah, dengan bilangan muridnya seramai 50 orang. Beberapa tahun kemudian, sebuah lagi bangunan didirikan untuk menampung pertambahan bilangan murid-murid.Pengasas sekolah ini adalah Allahyarham Encik Said bin Ahmad. Beliau juga merupakan Guru Besar yang pertama bertugas di sekolah ini. Sehingga tahun 2011, seramai 37 orang guru dan 3 kakitangan sokongan disekolah ini.
Jadual Gaji 2013
Penggal Persekolahan 2013
WARGA SK KELUANG
DEmi Masa
Pages
Pelawat
Labels
- hari raya 2011 (1)
UPSR 2013
Pengumuman
Thursday, February 16, 2012
Gotong Royong sekolah
Pada hari sabtu, 11 Februari 2012 telah diadakan satu gotong royong bagi meningkat keceriaan kawasan sekolah. Semua guru dan kakitangan telah bekerjasama untuk menjayakan program ini demi menaikkan keceriaan SK Keluang
Bilik J-Qaf berwajah baru
Sesi persekolahan 2012, jawatankuasa J-Qaf sekolah telah mengadakan gotong royong untuk menambahbaikan keceriaan bilik J-Qaf . Suasana kelas yang kondusif dapat meningkatkan minat murid dalam pembelajaran serta memberikan satu iklim pembelajaran yang selesa dan ceria bagi murid-murid .
Saturday, February 11, 2012
Kantin 1 Malaysia
Kantin 1Malaysia sedia menu RM1
Oleh Mohd Fahmi Mohd Yusof 2012/02/11
KULAIJAYA: Menu makanan dengan minuman berharga RM1 disediakan Kantin 1Malaysia Sekolah Kebangsaan (SK) Kulai, mendapat sambutan hangat lebih 900 muridnya yang mempunyai tiga waktu rehat berbeza mengikut tahap persekolahan setiap hari.Murid Tahun Empat, Nur Naemahtul Farah, 10, menyifatkan Kantin 1Malaysia yang dilaksanakan kelmarin, cukup unik apabila menyediakan pelbagai makanan pada harga yang cukup murah.
P Yogeswaran, 10, berkata, usaha kantin menyediakan menu membabitkan cita rasa pelbagai kaum itu amat baik kepada murid-murid sekolah itu.
“Selain nasi lemak dan mi goreng, ada pula bubur nasi serta roti canai dan rojak. Semuanya pada harga RM1 termasuk minuman, jadi kami boleh menyimpan lebihan wang saku yang ibu bapa bagi, ” katanya yang memilih rojak sebagai menu pilihan.
Rakannya, Joan Kong Man Yin, 10, yang memilih bubur nasi pula, menyifatkan menu yang disediakan pengusaha kantin sekolah itu sebagai luar biasa kerana boleh dinikmati mereka pada harga yang murah.
“Saya yakin, murid sekolah lain pun pasti suka jika Kantin 1Malaysia turut dibuka di tempat mereka, ” katanya.
Sementara itu, pengendali Kantin 1Malaysia SK Kulai, Azim Mohd Dom, berkata jualan menu RM1 itu tidak menjejaskan perolehannya, sebaliknya masa sama membolehkannya meringankan beban kewangan keluarga yang kurang berkemampuan.
“Saya tidak fikir pengusaha akan mengalami kerugian hanya kerana menjual hidangan menu RM1 ini yang menjadi pilihan murid daripada keluarga berpendapatan rendah, ” katanya.
Azim berkata, bagi pelajar yang berkemampuan, mereka boleh memilih membeli pelbagai makanan lain yang ditawarkan pada harga biasa.
Katanya, bahan yang digunakan bagi menyediakan menu RM1 sama seperti masakan yang dihidangkan kepada guru sekolah berkenaan cuma kuantiti yang disediakan untuk murid dikurangkan sedikit.
“Sebagai contoh, bagi hidangan mi goreng, saya memasaknya sama dengan juadah yang dihidangkan kepada guru dan tidak pernah mengurangkan ramuan yang digunakan,” katanya.
Katanya, selain menu harian nasi lemak, mi dan nasi goreng, snek bijirin dengan susu dan sekeping kuih serta minuman, pakej menu RM1 itu disediakan berbeza setiap hari.
Beliau berkata, pada Rabu setiap dua minggu sekali, pihaknya akan menyediakan hidangan pelbagai kaum seperti roti canai, bubur ayam dan rojak. BERNAMA
Subscribe to:
Posts (Atom)
EN SUHAIMI BIN HUSIN
GURU BESAR
PN SABARIAH ISMAIL
GPK PENTADBIRAN
WAN SUKIAH BT WAN AHMAD
GPK HEM
WAN AHMAD BIN WAN HUSIN
GPK KO-KU
UPSR 2013
PEPERIKSAAN UPSR TAHUN 2013 PADA :
TARIKH : 10 - 12 SEPTEMBER 2013
HARI : SELASA - KHAMIS
TARIKH : 10 - 12 SEPTEMBER 2013
HARI : SELASA - KHAMIS
GURU BERTUGAS MINGGU INI
06 JAN - 10 JAN 2013
KUMPULAN 1
1. Ruzimi bin Ibrahim
2. Huslina binti Che Md Hussin
3. Saniah binti Salleh
4. Hajah Parizan binti Abdul Manan
KUMPULAN 1
1. Ruzimi bin Ibrahim
2. Huslina binti Che Md Hussin
3. Saniah binti Salleh
4. Hajah Parizan binti Abdul Manan
Kalendar Islam
Nama Allah
BLOG SEKOLAH
-
-
PSIKOMETRIK 20206 years ago
-
-
Solat Hajat11 years ago
-
Majlis Jamuan Berbuka Puasa 201511 years ago
-
-
-
-
MAAF14 years ago
-
-
-
My Blog List
Trafik
Followers
Category
- hari raya 2011 (1)