Get Your Own LED Scroller now!

UPSR 2013

Pengumuman




SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

KEPADA SEMUA GURU DAN MURID-MURID BAGI SESI PERSEKOLAHAN 2013

DARIPADA WARGA SK KELUANG

SEJARAH SK KELUANG

SEJARAH SK KELUANG

Sekolah Kebangsaan Keluang telah dibina pada tahun 1951.Sekolah ini mendapat nama sempena nama kampung di mana ia didirikan iaitu Kampung Keluang.Sekolah ini terletak kira-kira 3.7 km dari pekan Kampung Raja, Besut, Terengganu Darul Iman.
Pada awal penubuhannya, sekolah ini terdiri dari sebuah bangunan kayu beratap nipah, dengan bilangan muridnya seramai 50 orang.Beberapa tahun kemudian, sebuah lagi bangunan didirikan untuk menampung pertambahan bilangan murid-murid.
Pengasas sekolah ini adalah Allahyarham Encik Said bin Ahmad .Beliau juga merupakan Guru Besar yang pertama bertugas di sekolah ini.Pelajar-pelajar yang menuntut di sekolah ini berasal dari beberapa buah kampung berdekatan yang terdiri daripada pelbagai bangsa seperti Melayu, Cina dan Siam.Sehingga kini, prestasi kurikulum dan ko-kurikulum murid-murid sekolah ini semakin meningkat


Senarai Guru Besar Dahulu Hingga Kini

ENCIK SAID BIN AHMAD

ENCIK WAN MD NOR BIN MAHMOOD
01.10.1982 – 15.10.1987

TUAN HJ YUSOF BIN AHMAD
16.10.1987 – 31.03.1992

TUAN HJ MOHAMED BIN AB RAHMAN
01.04.1992 – 02.10.1993

EN. UMAR BIN NGAH
03.10.1993 – 11.04.1996

ENCIK  YUSOFF / ZAKARIA BIN ISMAIL
01.05.1996 – 24.03.1997

ALLAHYARHAM ENCIK  MD RASHID BIN MOHD
16.04.1997 – 15.12.03

TUAN HJ OTHMAN BIN SALEH
16.12.2003 – 11-05-2008

ALLAHYARHAM ENCIK  MD RASHID BIN MOHD
11-05-2008 – 2010


ENCIK  SUHAIMI BIN HUSIN
01.12.2010 HINGGA SEKARANG

LENCANA SK KELUANG



PENGERTIAN:


Warna Merah: Melambangkan murid berbilang bangsa / kaum iaitu Melayu, Cina, Siam dan India.


Bunga Kuning (Mayang Kelapa): Melambangkan keharmonian murid.


Warna Putih: Melambangkan bersih dan agama Islam.


Warna Biru: Melambangkan perpaduan kaum.


Giar: Melambangkan Multimedia / Teknologi.


Logo: Berilmu Beriman Beramal
(Menghasilkan masyarakat yang berdaya maju, berilmu pengatahuan dan bertaqwa).






BENDERA SK KELUANG



UKURAN SEBENAR: 1 meter X 2 meter.

WARNA MERAH: Melambangkan murid berbilang bangsa / kaum iaitu Melayu, siam, Cina dan India.

WARNA PUTIH: Melambangkan bersih dan Agama Islam.

WARNA BIRU: Melambangkan perpaduan kaum.