Get Your Own LED Scroller now!

UPSR 2013

Pengumuman




SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

KEPADA SEMUA GURU DAN MURID-MURID BAGI SESI PERSEKOLAHAN 2013

DARIPADA WARGA SK KELUANG

Friday, January 27, 2012

Isu SPBA :Tempoh 3 bulan sudah cukup untuk Pasukan Khas Semak semula SPBA

PUTRAJAYA, 25 Jan (Bernama) -- Pengerusi pasukan petugas semakan semula Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) Tan Sri Ismail Adam yakin tempoh tiga bulan untuk pasukan itu membuat kajian dan penambahbaikan terhadap skim baru itu adalah mencukupi.

Sehubungan itu beliau yang juga bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berkata pasukan itu akan bekerja keras bagi memastikan perkara-perkara berbangkit yang tidak memuaskan hati sesetengah pihak dapat diselesaikan mengikut tempoh yang ditetapkan.

"Sebagai permulaan hari ini kita membincangkan mengenai terma rujukan. Itu sahajalah," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pertama pasukan petugas semakan semula SBPA di JPA di sini Rabu.

Pasukan semakan itu yang bermesyuarat selama kira-kira dua jam turut dianggotai Cuepacs, pegawai kanan JPA, Jabatan Peguam Negara dan Kementerian Kewangan.

Ismail berkata buat masa ini terlalu awal untuk pasukan itu membincangkan mengenai cadangan atau penambahbaikan SBPA kerana pihaknya masih menunggu maklum balas daripada penjawat awam sehingga 15 Feb depan untuk membuat sebarang cadangan.

Sebelum ini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata jawatankuasa khas itu diberikan tempoh tiga bulan bagi membuat kajian dan penambahbaikan pelaksanaan SBPA dan mestilah memuaskan semua pihak sebelum dilaksanakan.

-- BERNAMA

Monday, January 16, 2012

Bayaran gaji Januari2012 Penjawat Awam berdasarkan SSM

KUALA LUMPUR 9 Jan. – Pembayaran gaji penjawat awam bagi bulan Januari yang akan dilakukan pada 16 Januari ini sempena perayaan Tahun Baru Cina, adalah berdasarkan gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM). 

Menurut satu kenyataan Kementerian Kewangan hari ini, perbezaan gaji penjawat awam yang memilih opsyen Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan dibayar pada 31 Januari ini. 

"Pembayaran gaji SBPA tidak dapat dilakukan sepenuhnya pada 16 Januari 2012 berikutan keputusan kerajaan untuk melanjutkan tempoh opsyen SBPA dari 31 Disember 2011 kepada 15 Januari 2012,” katanya.

Menurut kenyataan itu, pembayaran gaji bulanan di bawah SBPA akan dibuat seperti biasa mengikut jadual mulai Februari. – BERNAMA