Get Your Own LED Scroller now!

UPSR 2013

Pengumuman




SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

KEPADA SEMUA GURU DAN MURID-MURID BAGI SESI PERSEKOLAHAN 2013

DARIPADA WARGA SK KELUANG

Thursday, February 24, 2011

Sambutan Maulidur Rasul 2011






24 Februari 2011 - Warga Sekolah Kebangsaan Keluang telah berjaya menganjurkan Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah. Terdapat beberapa acara telah dipertandingkan sebagai pengisian bagi memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Acara yang telah dipertandingkan ialah acara perarakan terbaik, kuiz, selawat, dan nasyid. Setiap acara yang telah dipertandingkan adalah mengikut rumah sukan. Secara keseluruhan, Sambutan Maulidur Rasul 2011 telah dimenangi oleh pasukan Rumah Hijau. Tahniah diucapkan kepada Rumah Hijau. Bagi pasukan yang lain diharap jangan bersedih dan cuba lagi di tahun hadapan.


Larian Cergas 2011

Pada 10 Feb 2011 Sekolah Kebangsaan Keluang telah mengadakan Kejohanan Larian Cergas peringkat sekolah. Setiap murid mewakili mengikut rumah sukan masing- masing iaitu KUNING, HIJAU, BIRU dan MERAH. Tujuan kejohanan ini bukan sahaja untuk meningkatkan kecergasan murid malah untuk mencungkil bakat- bakat baru yang berpontensi untuk mengharumkan nama sekolah. Pada tahun ini, juara keseluruhan telah disandang oleh Rumah Kuning, diikuti oleh rumah Merah, Biru dan Hijau. Syabas diucapkan kepada rumah Kuning serta kepada murid- murid dan guru-guru Sekolah Kebangsaan Keluang kerana telah berkerjasama menjayakan Kejohanan Larian Cergas 2011.









Monday, February 14, 2011

Pasukan Unit Beruniform SK Keluang 2011