Get Your Own LED Scroller now!

UPSR 2013

Pengumuman




SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

KEPADA SEMUA GURU DAN MURID-MURID BAGI SESI PERSEKOLAHAN 2013

DARIPADA WARGA SK KELUANG

Tuesday, March 30, 2010

TAHNIAH!! team Bola SK Keluang


Alhamdulilah... syukur kepada Allah kerana pasukan bola sepak SK Keluang telah mencipta sejarah pada tahun ini dengan layak memasuki perlawanan akhir Pertandingan Bola Sepak Majlis Sekolah Sekolah Zon Kota Putera menentang SK Tengku Mahmud pada 29mac 2010 bertempat di SKTM.

Jutaan Tahniah diucapkan kepada pasukan bola sepak SK Keluang kerana mendapat naib johan dalam Pertandingan Bola Sepak Majlis Sekolah Sekolah Zon Kota Putera. Walaupun kita kalah dengan agregat 3-0. Namun sepanjang perlawanan kita mampu lagi memberi saingan kepada SKTM. Ini merupakan satu perkembangan yang positif dan memberansangkan bagi pasukan bola sepak SK Keluang kerana sebelum ini kita belum pernah lagi layak memasuki perlawanan akhir. Semoga kecemerlangan ini dapat kita kekalkan dan seterusnya kita baiki segala kekurangan dan kelemahan pada masa hadapan agar pasukan SK keluang menjadi Juara dan disegani oleh lawan.

Pencapaian Pasukan Bola SK Keluaqng
SK Keluang vs SK Benting Lintang 8-0
SK Keluang vs SK Gong Bayor 3-1 (suku akhir)
SK Keluang vs SK Kg. Raja 3-0 (Separuh askhir)
SK Keluang vs SK Tengku Mahmud 0-3 (Akhir)

Jutaan terima kasih buat Tn. Haji Mohd Rashid (Guru Besar), Puan Hajjah Wan Sabariah (PK1), Puan Rokiah (PK2), Tn Haji Wan Ahmad (PK-KO), Cikgu Zainuddin (S/U KO), Ustaz Muslim (Ketua Jurulatih), Ustaz Najib(jurulatih), Cikgu M.Nordin, Cikgu Ruzmi, Cikgu Yusman, cikgu Riekinor dan juga semua Guru dan seluruh warga SK Keluang serta tidak ketinggalan kepada ibu bapa pemain dan juga penduduk Kg. Keluang yang banyak telah membantu dan memberi kerjasama yang padu, semangat dan dorongan serta sokongan dari segi kewangan, masa dan tenaga.. semoga Allah merahmati dan membalas jasa kalian semua....



Jutaan pujian dan terima kasih kepada pengurus, Jurulatih dan terutamanya kepada pemain bola sepak SK Keluang MOHAMMAD AIDIEL FITRIEY B M AZMANI(kapten & pemain tengah),MUHAMMAD SYAWAL B ZULKEFLI(pen.kapten & penyerang),MUHAMMAD ZIKRULLAH B AZHARI (penyerang), MOHAMAD FIKRI B OTHMAN (pengaja gol), MUHAMMAD AZIZI B MAT NOR (pemain tengah), ALIF FIRDAUS B CHE ME (Pertahanan tengah),MUHAMMAD AFIQ B ROSAMADI (sayap kiri),MUHAMMAD JOHAN MUQMI B MAT ROPI (sayap kanan), MUHAMMAD YUNUS B MAHASSAN (Pertahanan kanan), MUHAMMAD HAKIMI B ALADIN (pertahanan kiri), MOHAMAD FAROQ ADLI B SARIFUDIN (pertahanan tengah), MOHAMMAD HAZRUL HAFIZ B ZULKIFLI (pemain simpanan), ABDUL RAHIM B SAMSUDIN (pemain simpanan), ZUL HILMI B HAMIDI (pemain simpanan), WAN MUHAMMAD ZAKRI B WAN NALA (pemain simpanan),MUHAMAD SYAMSUDIN B NIK A SHUKOR(pemain simpanan)dan AHMAD AIDEED B ISMABAKI(pemain simpanan), tahniah!! kerana telah memahat sejarah dan mencipta sejarah bola sepak SK keluang pada 2010. Semoga Pencapaian yang kita kecapi sekarang menjadi loncatan untuk kita terus berjaya pada masa hadapan... insyallah... Jazakumullah Khairal jaza'

Wednesday, March 24, 2010

PERLAWANAN SUKU AKHIR BOLA SEPAK ZON KOTA PUTERA


PERLAWANAN SUKU AKHIR BOLA SEPAK ZON KOTA PUTERA
SK KELUANG (JOHAN KUMPULAN D) BERTEMU SK GONG BAYOR NAIB JOHAN KUMPULAN B)
Alhamdulillah SK Keluang telah berjaya memenangi perlawanan tersebut agregat 3-1 jaringan oleh zikrullah (mat jek) 2 gol dan airey fitri (abe long)1 gol. Walaupun kepenatan dan kurang tenaga... tetapi kita mampu menang dan mengekang pihak lawan daripada membuat jaringan... jutaan tahniah buat PK1, PK2 dan PK KO, Jurulatih, guru-guru dan pemain serta ibu bapa dan penyokong SK Keluang...


Insyaallah perlawanan separuh akhir akan berlangsung pada hari ahad (28 mac 2010) bertempat di SK TENGKU MAHMUD. Sama-sama lah kita bagi sokongan kepada team bola sekolah. Semoga kita dapat masuk final.. amin


Perlawanan lepas

SK Keluang VS SK Benting Lintang, menang agregat 8-0

SK Keluang VS SK Gong Bayor Menang agregat 3-1

Monday, March 22, 2010

Solat dalam Sudut Pandangan Sains

Logiknya Solat dalam Sudut Pandangan Sains
Mari la kita sama-sama baca tentang solat......




Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif.

Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan. Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita.
Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.

Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.

Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan.

Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan - sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita.

Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.
Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.

Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dakam tubuh.

Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.
Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yang kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.

Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat.Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.

Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).

Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu a gama yang l engkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah ynag tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri.

Beliau merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.

Sekian untuk renungan kita bersama
akhir sekali jangan jadi seperti dalam video klip dibawah... he he he



sumber: http://www.pmn.gov.my/terengganu/TAZKIRAHindex.htm

Tazkirah: orang yang paling.....


Orang Yang Paling...



Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s


Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.


Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.


Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.


Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...


Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.


Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

Dipetik daripada: himpunan tazkirah

Sunday, March 7, 2010

Jamuan Kesyukuran


Alhamdulillah padahari selasa minggu lepas bertarikh 2 Mac 2010 telah diadakan Jamuan Kesyukuran Tuan Guru Besar untuk murid-murid, guru-guru, pekerja sekolah dan pihak pentadbir serta AJK PIBG SK Keluang